| Pejabat Perdana Menteri |  |
|
| Login | | Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| Who's Online | There are currently, 5 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
 |
Pemakaian tali pinggang keledar belakang kurangkan 50 peratus risiko kematian pe
|
Pemakaian tali pinggang keledar belakang dapat mengurangkan risiko kematian bagi penumpang belakang kenderaan sehingga 50 peratus, menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata kajian MIROS bertajuk “An Assesment of Rear Seat Belt Availability and Accessibility in Malaysia” yang diterbitkan tahun ini mendapati pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang dapat mengelakkan kecederaan serius dan kematian.
“Pelaksanaan peraturan mewajibkan tali pinggang keledar belakang itu tidak akan membebankan rakyat kerana kajian MIROS mendapati 90 peratus kenderaan di jalan raya siap dipasang dengan tali pinggang keledar belakang dan 85 peratus penumpang di belakang dapat memakai tali pinggang keledar,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Wang Siong Hwee pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Wong ingin tahu mengenai bilangan kes kecederaan dan kematian yang diakibatkan oleh amalan tidak memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang sehingga tahun ini, selain langkah kerajaan bagi membantu pengguna kereta yang tidak berkemampuan agar tidak terbeban dengan penguatkuasaan polisi itu.
Lajim berkata kerajaan berbincang dengan industri permotoran dan mengenal pasti kenderaan-kenderaan yang tidak dilengkapi tali pinggang keledar belakang, antaranya model keluaran Proton, Perodua dan Honda, termasuk bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk memasangnya secara percuma. - Bernama
| |
|
|  | Bersama YB |
Ucapan Terima Kasih
|
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan UMNO Beaufort kerana terus memilih saya sebagai Ketua Bahagian UMNO Beaufort. Ini juga membuktikan rakyat memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin mereka ke arah kemajuan negara.Semoga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan untuk terus memegang amanah rakyat ini.
| |
|
|
Pengguna LRT, monorel, komuter meningkat
| 
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Jumlah pengguna stesen transit aliran ringan (LRT), monorel dan komuter dari Januari sehingga September lalu mencecah 247.5 juta orang berbanding 168 juta orang pada tahun 2007.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, peningkatan itu dilihat reaksi positif masyarakat ekoran daripada kenaikan harga petrol baru-baru ini.
''Statistik Jabatan Keretapi Malaysia menunjukkan 247,517,069 penumpang menggunakan LRT, monorel dan komuter sehingga September tahun ini.
''Pada 2007 hanya 168,556,310 yang menggunakan khidmat sama manakala 160,772,215 bagi tahun 2006," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
| |
|
Letak jawatan Timbalan Menteri jika kalah ketua bahagian
|
BEAUFORT 25 Okt. – Timbalan Menteri Pengangku tan, Datuk Lajim Ukin akan meletak jawatan sekiranya kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Beaufort.
Beliau akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan surat perle takan jawatan sekiranya tidak dipilih semula sebagai ketua bahagian itu.
“Saya rasa janggal untuk memegang jawatan timbalan menteri jika kalah bertanding jawatan ketua bahagian. Saya bukan gila kuasa. Tetapi lebih baik saya undur diri dan beri peluang kepada orang lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian itu di sini hari ini.
Lajim akan berhadapan dengan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azi zah Mohd. Dun yang menyatakan hasrat untuk bertanding ketua bahagian itu minggu lepas.
- Bernama
| |
|
Azizah lawan Lajim di Beaufort
|
KOTA KINABALU 21 Okt. - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Penguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun melahirkan keyakinan akan menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada persidangan bahagian itu hujung minggu ini.
Beliau yang akan menentang Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin bagi merebut jawatan itu berkata, keyakinan tersebut berasaskan kepada sambutan menggalakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi.
"Sambutan di peringkat akar umbi sangat-sangat memberangsangkan. Saya cukup terkejut dengan sokongan ini, mereka semua meminta saya meneruskan perjuangan," katanya.
| |
|
Projek naik taraf Lapangan Terbang Labuan ikut jadual
|
LABUAN - Kerajaan memberi jaminan projek menaik taraf Lapangan Terbang Labuan bernilai RM345 juta yang sebelum ini menghadapi sedikit masalah akan siap mengikut jadual asal.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, antara masalah yang belum diselesaikan termasuk kos pampasan tanah dan teknikal.
''Kita yakin akan dapat diselesaikan dan pelaksanaan projek ini dapat siap awal daripada jadual asal," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi taklimat dan lawatan ke Lapangan Terbang Labuan, semalam.
| |
|
Tukar bekas tapak ladang gula kepada padi
|
BEAUFORT Tanah bekas tapak ladang Gula Sabah yang terletak di Kampung Kayul, Kuala Penyu seluas 320 hektar berpotensi untuk dimajukan dengan tanaman padi secara komersial.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin berkata, selain dapat memanfaatkan keluasan tanah yang terbiar itu, apabila dimajukan kelak, kawasan tersebut juga bakal menerima kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan elektrik api dan air.
‘‘Daripada tanah ini terbiar tanpa diusahakan, adalah lebih baik kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuat kajian terperinci mengenai kesesuaian tanah serta teknologi yang boleh digunakan.
‘‘Jika disediakan sistem pengairan untuk dimajukan dengan sektor tanaman padi tentu sekali banyak pihak bakal boleh mendapat faedah daripadanya,” kata beliau semasa berucap pada majlis penerangan isu-isu semasa di Rumah Rehat Beaufort di sini semalam.
| |
|
|
Berakhirnya Pemilihan UMNO Bahagian Beaufort
|
Giako menulis.
Alhamdulillah, berakhir sudah pemilihan Bahagian Beaufort, namun begitu perkara yang paling penting adalah impak dan massage jelas para perwakilan harus diamati secara teliti..
Pemilihan YB DSP Dr Hj Lajim Hj Ukin sebagai Ketua Bahagian UMNO Beaufort seperti yang jangka umum dan juga kemenangan Ketua Pergerakan Wanita YB Azizah Dato Dun merupakan masej jelas perlu diselami semua pihak.
Kita amat menghargai dan memerlukan kedua-dua pemimpin tersebut. Kita bangsa yang kerdil yang dahagakan kemajuan seperti di terima oleh saudara-saudara kita di Semanjung, kemudahan Infrastruktur, ekonomi, pendidikan, sosial dan banyak lagi yang perlu kita tuntut., jika bukan utuk generasi kita sekarang mungkin untuk generasi anak dan cucu-cicit kita nanti.
Gunakan politik sebagi pemangkin kemajuan kita bukan untuk memecah belahkan bangsa kita yang kerdil.
Saya amat sedih apabila mendengar dan melihat suasana sebelum pemilihan UMNO bahagian apabila membaca bermacam tulisan pandangan dan tindakan sebahagian penyokong kedua-dua pihak.
| |
|
Isu KKIA: Musa bidas pembangkang
|
KOTA KINABALU 22 Okt. - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman membidas kenyataan pembangkang yang mendakwa pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mempunyai unsur rasuah.
Beliau berkata, tuduhan pembangkang di Parlimen itu adalah satu fitnah dan lebih kepada niat untuk menghasut rakyat.
"Ini sahaja kerja yang dilakukan pembangkang, mereka hanya tahu buat kenyataan menghasut, mereka ini tidak ada kerja lain. Mereka tidak tahu apa yang dikatakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Petronas di Menara Petronas di sini hari ini.
Musa mengulas dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan di Dewan Rakyat, semalam, yang membuat tuduhan itu semasa Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin menjawab soalan.
Musa seterusnya berkata, pembangkang tidak mengetahui proses sebenar bagi projek pembinaan KKIA menyebabkan mereka membuat tuduhan tidak berasas.
| |
|
Terminal 2 KKIA dipindah ke Terminal 1
|
KOTA KINABALU 6 Jun - Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini akan dipindahkan operasinya ke Terminal 1 KKIA selewat-lewatnya pada Mei tahun depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, ia bertujuan untuk melancarkan operasi selain berhasrat menjadikan Terminal 2 tersebut sebagai tempat penyimpanan kargo sepenuhnya.
Katanya, para penumpang sama ada domestik mahupun luar negara akan mendapat manfaatnya, berikutan semua penerbangan di Kota Kinabalu akan ditempatkan di sebuah terminal sahaja berbeza dengan sebelum ini.
"Kita rancang untuk pindahkan operasi di Terminal 2 KKIA apabila kerja-kerja menaik taraf Terminal 1 KKIA siap sepenuhnya pada Mei 2009," katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal 1 KKIA di sini baru-baru ini.
| |
|
|
|